Undangan Pengajian Ust. Abdullah Yassin
Submitted by TentangQatar on Thu, 25/02/2010 - 09:46
Berikut ini undangan Program Ceramah bersama Ustadz Dr. Abdullah Yassin di berbagai tempat di Qatar.
KHAMIS : 25 FEBRUARI 2010 (19:30)
Memahami Sunnah Dan Bid’ah Dalam Peribadatan
Lokasi: Indian School Al-Khor
JUMAT - 26 FEBRUARI 2010 (19:30)
Kemurnian Aqidah Jalan Ke Syurga
Lokasi: AL-FANAR Auditorium
SABTU - 27 FEBRUARI 2010
10:00
Memahami Tuntutan Aqidah, Feqah dan Adat Di Dalam Kehidupan Harian
Lokasi: Dukhan
19:30
Taubat, Pengertian Dan Cara-caranya
Lokasi: Umm Saeed/Wakra
Profil pembicara:
Dr. Abdullah bin Yasin telah dilahirkan di Batam, Riau, Indonesia pada 1946. Beliau mendapat pendidikan peringkat BA di Institut Agama Islam Pekan Baru dan seterusnya melanjutkan pelajarannya (LC) di bidang Dakwah Usuluddin (1976) di Universiti Madinah. Selanjutnya beliau meneruskan pelajarannya didalam bidang Ilmu Fiqh (1980) di Universiti Imam Mohammad Ibnu Sa'ud di Riyadh, Arab Saudi. Dr Abdullah Yassin dianugerahkan PhD di dalam Islamic Stidies (1994) dari American Coastline University New Orleans, Lousiana.
" Tetapi, lama-kelamaan, terasa keunikan beliau. Beliau menyampaikan ilmunya seolah-olah seorang ayah sedang memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ditambah dengan kata ganti diri 'ustaz' untuk diri beliau sendiri, dan loghat bahasa ibunda beliau, iaitu Indonesia, bahasa menjadi begitu indah dan terasa beliau begitu dekat di hati kami. Ilmu-ilmu beliau yang dirujuk kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah yang shahih itu disulam rapi dalam bahasa yang begitu indah ". (Jemaah Dr Abdullah bin Yassin, Malaysia)



Post new comment